Assalamualaikum.
Ok, straight to the point. Sebenarnyakan, QH tu takde maksud apa-apa pun melainkan nama aku.
Hasmie QH = Hasmie Q(?=Question) H(Hasmiera)
Paham ke tidak? So maknanya basically nama aku semata. Tanda ? sebab tiada sesiapa dengan aku sekarang. Jawatan kosong masih terbuka.
Oh mungkin dulu masa zaman sekolah dulu ada jugak maksud huruf Q tu tapi itu zaman muda punya cerita. Dah luput dek zaman. Q=Qarliff. And he’s already have his beloved girlfriend and soon wife to be. So dah tak ada apa-apa makna dah dalam hidup aku. Aku bukannya couple pun dengan dia. Hanya meminati dari jauh aje. Haha teringat pulak meroyan ketika zaman sekolah dulu bila setiap kali tengok Q / WFA ni. :D
So sekarang Q tu dah bertukar huruf lah pulak. Q=K. Haha. Sebab kalau ikut sebutan huruf Q dengan K ni bunyinya lebih kurang sama lah kan. K ni kira macam ♥ lah kot sebab dah tiga tahun dah K ni bertahan dalam jantung hati aku. Wahahah. Tak kisahlah. Lagipun aku dah berniat nak lupakan zaman diploma di UiTM Melaka. So lupakanlah hal-hal berkaitan sesiapa sahaja yang pernah singgah dalam hidup aku. Haha ayat tak nak blah pulak an.
***
Semoga cuti sebelum masuk degree ni memberi makna. Jangan hanya cuti kosong semata. Banyak yang kena plan ni. List seperti dibawah :
- Trip ke Genting
- Trip ke KL, PD, Melaka
- Download movie, manga, anime
- Buat duit
- Menurunkan berat badan (ini payah hahah)
- Berubah untuk kebaikan?
- Full time driver?
Ok itu sahaja yang terlintas di fikiran ketika ini. So, anything just contact me, k? Saya juga akan melakukan freelance kalau ada yang nak. Hehe anda boleh contact saya di laman sosial saya. HASMIERAHASHIM di FB. Default Picture saya adalah JAEJOONG. :D (erk perlu ke bagitahu?)
- Web Interface (simple bolehlah. Saya bukan pro)
- 3D animation (macam terror sangat. ini akan mengambil masa lama. haha)
Ok tu je. Terima kasih.
p/s : Sebenarnya saja je berbual disini sebab saya tahu takde orang pun yang melawat blog saya. Saya boring sebab tu post mengarut. Harap tiada yang sentap. :D
p/s/s : Berniat untuk tukar course. Culinary Arts boleh, mama? :)
1 comments:
ok.dah tau. =.='
Post a Comment