Tuesday, November 29, 2011

Kenapa susah sangat nak confess?

Assalamualaikum.

Sebab dan Akibat :

  • Takut bertukar status – daripada berkawan biasa, apabila dah luahkan perasaan, hubungan yang sedia terjalin bertukar status. Kalau positif, sangat baik. Menguntungkan. Tapi kalau negatif, kita akan hilang hubungan yang kecil itu. Daripada kawan biasa, terus jadi stranger. Kalau dulu bertegur sapa dan bercakap jugak walaupun sikit, sekarang sudah menjadi dua insan yang tergantung hubungannya. Tidak kawan dan juga tidak musuh. Awkward moments.

  • Hilang kawan – kalau ada sahabat baik kita yang turut menyimpan perasaan terhadap si dia, mungkin hubungan kita dengan kawan akan tergendala dan mungkin juga terputus. Dek kerana sama-sama menyukai si dia. Kalau yang tak terpilih mengalah, mungkin persahabatan itu boleh diperbetulkan. Tapi kalau tidak, sahabat baik mungkin menjadi musuh ketat.

  • Tidak tahu status dia – mungkin dia ada makwe/pakwe. Ini boleh menimbulkan fitnah. Kalau duk usha makwe/pakwe orang, dah tentu merosakkan hubungan diorang. Kita mungkin tidak mahu merampas bukan? Dah mungkin si dia masih belum berpunya. Kadang-kadang diberi hint dan kadang-kadang buat tak endah. Itu yang paling menyesakkan. Hari ni macam suka tapi the next day buat tak tahu kewujudan kita. Pening kan?
  • Takut bertukar status 2 – dari kawan ke pasangan. Bila putus terus jadi orang asing. Tidak mengharapkan hubungan terputus tapi isu ini harus dititikberatkan. Masalah besar ni tau. Kalau hingga ke menyabat tangan tok kadi tak pe lah jugak. Sangat bagus tapi jika terputus tengah jalan? Sila hayati lagu Aiman – Cinta Terakhir.

  • Tidak pasti dengan perasaan sendiri – masih memikirkan ex atau mata membulat jika ada makhluk yang lebih baik melintas di depan mata. Mengaku cinta tapi bila lalu aje jejaka kacak / awek cun, terus lupa siapa di hati. 

  •  Menunggu si dia memulakan – lelaki ke perempuan yang patut confess?

  • Bertepuk sebelah tangan – kalau si dia jenis yang melayan? Buang karan aje suka kat dia. Dia anggap kita macam kawan biasa / acquaintance tapi kita yang terperasan lebih dia syok kat kita. Mungkin kita rasa dia layan kita istimewa tapi mungkin dengan semua orang dia begitu. Contoh? Panggil nama kita lain dari orang lain yang memanggil kita. Hasmiera? :D



Jangan cepat menilai. Kelak memakan diri.

0 comments: